Blogger news

RSS

Cerpen

Diari Seorang Gadis: 1- Namaku Nurul Mawaddah..

   ANGELINA KE MALAYSIA 

   Angelina merebahkan badan ke atas katil. Sebentar tadi, mahkamah telah memutuskan hak penjagaan diberikan kepada Angela, kakak Angelina. Itu merupakan pilihan Angelina sendiri. Dia tidak mahu tinggal bersama ibu atau ayahnya. Jika Angelina memilih untuk tinggal bersama salah satu daripada mereka, hidup Angelina pasti akan sunyi. Ibu dan ayahnya sibuk bekerja. Angelina pasti dia tidak akan dipedulikan.

   " Angelina.." Angela memanggil. Angelina menoleh ke arah kakaknya. Wajah putih seputih salji yang turun di luar jendela itu ditatap.

   "Áv̱rio tha anacho̱rí̱sei gia ti̱ Malaisía.( Esok kita akan bertolak ke Malaysia.)" Angela memberitahu. Angelina  mengangguk. Dia sudah maklum tentang hal itu. Dia sudah tahu, jika dia memilih untuk tinggal bersama Angela, pasti dia akan meninggalkan Greek, meninggalkan teman-temannya. Dia teringat kata-kata ibunya

   "Eísai thymo̱méni̱? Thélete na meínete me Angela sti̱ Malaisía? Eísai sígouros? Eíste sígouroi óti eíste se thési̱ na párete mazí me tous anthró̱pous ti̱s Malaisías? Xéreis pó̱s eínai? Eíste áptaista Malaisías?(Kamu dah gila? Kamu nak tinggal dengan Angela di Malaysia? Kamu yakin? Kamu yakin kamu mampu bergaul dengan rakyat Malaysia? Kamu tahu cara mereka? Kamu fasih berbahasa melayu?)" Bertubi-tubi soalan ibunya.

 "Mi̱téra, Angela tha doúme metá apó ména.(Ibu, kakak Angela akan jaga saya.) " Hanya itu yang Angelina mampu jawab. Muka ibunya merah. Pastinya kerana malu dengan Angela yang memenangi perbicaraan. Ah! Ibunya pasti sudah lupa, dulu Angelina pernah tinggal di Malaysia selama 3 tahun dengan mak ciknya. Pada waktu itu ibu dan ayahnya tidak pernah datang menjenguk. Pilu hati Angelina memikirkan kembali perkara itu.

   "Angelina, de tha metanió̱sete ti̱n epilogí̱ sas na meínete mazí mou?(Angelina, kamu tak menyesal memilih untuk tinggal dengan akak?" Pertanyaan Angela mematikan lamunan Angelina.

   "Den(tidak)" Jawab Angelina sambil tersenyum. Angela turut tersenyum.

   Angela menyeluruhi wajah kakaknya. Wajah Angela putih. Mata Angela kehijauan, seperti matanya. Mata hijau itu diwarisi daripada ibu. wajah Angela menggambarkan ketenangan. Hanya satu yang Angelina hairan, Angela cuba untuk menutup rambutnya. Adakah Angela mewarnakan rambut? Jika benar sekalipun mengapa mesti disembunyikan? Ibu dan ayah tidak akan marah. Soalan itu terpaksa dibiarkan tanpa jawapan.

   *****************************************************

   Angelina meneliti dirinya di dalam cermin. Mencari apa yang kurang. Apabila sudah berpuas hati, dia mengambil beg bajunya lalu disorong keluar.

   "Angelina..." Suara halus Angela sayup-sayup kedengaran. Angelina menoleh ke belakang. Mulutnya terlopong melihat Angela memakai tudung.

   "chri̱simopoieíte to kapáki?(kakak pakai tudung?)" Itu soalan pertama yang keluar daripada mulut Angelina. Angela tersenyum.

   " Ego̱ martyro̱ den ypárchei Theós apó ton Alláh. Kai ego̱ martyro̱ tou Theoú Profí̱ti̱ Muhammad( aku naik saksi tiada tuhan selain Allah dan aku naik saksi nabi muhammad pesuruh Allah.)"

  Sekali lagi Angelina terlopong mendengar kalimat yang keuar daripada mulut Angela. Angela kekal tersenyum.

   ***************************************************************

   Angelina melangkah masuk ke rumah teres dua tingkat milik kakaknya. Perabot-perabot di susun dengan kreatif. Angelina dibawa ke biliknya. Biliknya sungguh kemas dan cantik, lebih kemas dan cantik daripada biliknya di Greek yang suram. Selepas meletakkan beg, Angelina dibawa melihat bilik-bilik lain.

   Sampai di bilik bacaan, Angelina menjadi lebih kagum. Terdapat banyak koleksi buku-buku yang disusun kemas mengikut kategori. Anak mata hijau Angelina meneliti setiap rak buku. Matanya terhenti di satu rak yang menempatkan beberapa buah kitab yang ditulis dengan tulisan yang aneh, yang jarang Angelina jumpa. Dan yang pasti itu bukan bahasa melayu.

   " Angela, itu apa?" tanya Angelina yang mula menggunakan bahasa melayu agar tidak kekok berbicara dengan orang luar.

   " Itulah Al- Quran, kitab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad. Kitab yang menjadi panduan hidup orang islam." Terang Angela. Angelina terdiam.

   Angela mengalihkan kitab Al-Quran ke rak yang tertutup. Angela masih menghormati Angelina yang masih beragama kristian itu. Angelina hanya berdiri sambil matanya memerhatikan tingkah-laku kakaknya.

   " Assalamualaikum! Jamilatun Nisa'!" Tiba-tiba kedengaran satu suara dari tingkat bawah. Angela bergegas turun ke bawah. Angelina berkerut seribu. Siapa Jamilatun Nisa'? Ada orang lainkah yang tinggal bersama mereka?

   Namun soalan itu disimpan dahulu. Biarlah. Ada masa nanti dia akan tanya Angela. Dia menuruti Angela ke bawah. Angela meluru ke pintu lalu pintu dibuka. Seorang gadis bertudung biru putih menutupi dada masuk. Angela dan gadis itu bersalaman lalu berpelukan.

  " Kenapa awak tak cakap yang awak dah balik?" Bicara gadis itu. Angelina terpukau dengan suara lembut gadis itu. Suara itu selembut suara Angela.

   " Kamu Angelina? " Tanya gadis itu apabila ternampak Angelina. Angelina hairan. Bagaimana gadis itu boleh tahu namanya? Angelakah yang memberitahu? Dan siapa gadis itu? Jamilatun Nisa' kah?

   " Kakak pula Jamilatun Nisa' kah?" Angelina memberanikan diri untuk bertanya. mendengar soalan itu, Angela dan gadis itu ketawa kecil.

   " Nama kakak Khaiyira Qalbu. Kakak kamu Jamilatun Nisa'." Jawapan gadis itu berjaya membuatkan Angelina terlopong. Jamilatun Nisa' ialah Angela?

   " Kenapa tukar nama?" laju sahaja Angelina bertanya. Angela alias Jamilatun Nisa' tersenyum.

   " Itu nama islam kakak. Jamilatun Nisa' bermaksud wanita yang cantik."

   " Khaiyira Qalbu pula maksudnya baik hati." Gadis bertudung biru putih itu tiba-tiba menyampuk.

   " Adakah saya juga perlu masuk agama islam dan menukar nama?" Tiba-tiba soalan itu terkeluar dari mulut Angelina. Muka Angela berubah.

   " Kakak tak paksa. Terserah pada kamu. Itu hak kamu. Kakak tak pernah paksa kamu. Jangan risau, nama Angelina Crowthers tak akan kakak tukar. Tapi, kakak harap kamu boleh biasakan diri panggil kakak sebagai Jamilatun Nisa', bukan Angela." Angelina terdiam mendengar jawapan kakaknya.

   " Okey. Jom makan!" Tiba-tiba Khairiya Qalbu menyampuk sekaligus memadamkan suasana muram. Angela yang kini dikenali sebagai Jamilatun Nisa' beralih ke dapur sementara Angela berbual-bual dengan Khaiyira  Qalbu. Melali Kak Khaiyira, Angelina mendapat beberapa informasi tentang kakaknya sepanjang Kak Nisa' (Angela) tinggal di Malaysia. Namun hanya satu perkara yang Angelina ingin tahu tetapi tidak di beritahu oleh Kak Kaiyira. Bagaimana Kak Nisa' boleh tertarik dengan islam?

   **************************************************************

   MUDHIAH

   Hari pertama Angelina di sekolah berjalan dengan baik. Pada pagi itu, Angelina dihantar oleh Kak Khaiyira yang turut mengajar di sekolah Angelina. Pulang dari sekolah juga Angelina menumpang Kak Khaiyira.

   " Macam mana hari pertama sekolah?" Tanya Kak Khaiyira di dalam perjalanan pulang ke rumah.

   " Baik. Saya dapat kenal beberapa orang pelajar yang juga dari Greek. Mereka melayan saya dengan baik terutamanya Mudhiah. Dia berasal dari Kaherah. Mudhiah cantik. Dia seperti sudah lama duduk di sini. bahasa melayunya fasih. Saya seronok dapat berkenalan dengan dia. Dia mempunyai ramai kawan. Guru pun suka dia." Cerita Angelina bersungguh-sungguh.

   " Oh, Mudhiah. Dia memang baik. Tapi kasihan, dia anak yatim." Penerangan Kak Khaiyira membuatkan Angelina tersentak. Mudhiah anak yatim? Mengapa wajahnya tenang? Angelina yang hanya menjadi mangsa penceraian juga tidak setenang Mudhiah. Nasibnya jauh lebih baik daripada Mudhiah. Sekurang-kurangnya Angelina masih mempunyai ibu dan ayah. Namun Mudhiah kelihatan tenang, seperti tiada masalah yang menimpa dirinya.

  " Kakak tahu tentang Mudhiah? " Rasa ingin tahu Angelina tentang Mudhiah mendorong Angelina untuk bertanya pada Kak Khaiyira.

   " Lebih dari tahu....."

 "Mudhiah kehilangan mak dan ayahnya dari umur 4 tahun kerana terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Mudhiah koma selama sebulan. Apabila sedar, Mudhiah langsung tidak mengingati apa-apa. Dia hilang ingatan. Keluar dari hospital, dia dijaga di bawah jagaan mak ciknya. Dia mengambil masa beberapa tahun untuk memulihakan ingatan.

   Mak ciknya tidak begitu prihatin padanya. Kebajikannya tidak terlalu terurus. Dia tinggal sendirian di rumah banglo milik arwah ibu bapanya. Mak ciknya hanya menjenguk sebulan sekali. Itupun tidak sampai sejam, kemudian pulang semula. Mudhiah keseorangan. Pernah sebulan mak ciknya tidak menjenguknya. Mudhiah hanya makan buah tamar. Kebetulan arwah ibunya pernah menanam pokok tamar sewaktu hayatnya di kawasan rumah mereka.

   Mudhiah membesar tanpa kasih sayang sehingga umurnya 15 tahun. Sepanjang 11 tahun membesar tanpa kasih sayang itu, Mudhiah hidup di dalam kegelapan. Dia bergaul dengan gadis-gadis kristian koptik. Hasilnya, gereja menjadi tempat beribadah, Allah tidak lagi berada di dalam kamus hidupnya, Al-Quran sudah lupus daripada kotak hatinya. Dia sering mabuk, meskipun umurnya baru sahaja 8 tahun.

   Sehingga pada suatu hari, sewaktu usianya genap 16 tahun....Rakan-rakannya membuatkan parti untuk menyambut hari lahirnya. Dia minum arak sehingga mabuk lalu pulang ke rumah bersendirian. Sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah, dia kemalangan. Mudhiah kom selama seminggu.. 

   Apabila Mudhiah membuka mata, dia terus berlari. Dia mencabut wayar-wayar di tubuhnya. Dia berlari dengan laju, sehingga tiada siapa yang dapat menahannya. Dia berlari seolah-olah mencari sesuatu. Tiba-tiba matanya terlihat sebuah bangunan. Langkah Mudhiah terhenti untuk beberapa saat, kemudian di berlari masuk ke bangunan itu lalu dia bersujud untuk jangka masa yang lama kemudian dia pengsan." Cerita Kak Khaiyira.

   " Bangunan apa, Kak Khaiyira?"

   "Masjid, tempat ibadah orang islam..." Jawab Kak Khaiyira. Hati Angelina pilu mendengar kisah itu. Rasa ingin tahu tentang gadis 20 tahun bernama Mudhiah itu melonjak-lonjak.

   " Apa yang jadi setelah itu?" 

   " Dia dikejarkan ke hospital. Apabila dia tersedar, dia menangis. Bibirnya selalu menyebut kalimah Allah... Allah... Allah... Apabila keluar daripada hospital, seorang lagi mak ciknya yang tinggal di Malaysia membawanya ke Malaysia. Dan di sinilah, dia memulakan hidup baru." Cerita Kak Khaiyira berjaya membuatkan fikiran Angelina berikir tentang kalimah yang diucapkan Mudhiah apabila dia sedar daripada pengsan. Allah...?

   " Bagaimana Kak Khaiyira tahu tentang dia?" Tanya Angelina. 

   " Sewaktu dia di Malaysia, dia masih lagi belum pulih sepenuhnya. Dia sering murung dan menangis. oleh itu, ibu saudaranya menghantar dia utuk mendapatkan nasihat daripada seorang kaunselor. Kaunselor itu ialah kakak Kak Khiyira." Terang Kak Khaiyira. Perbualan mereka terhenti di situ. Kak Khaiyira terus memandu dengan tenang, manakala Angelina merenung ke luar tingkap. Fikirannya melayang, membayangkan penderitaan Mudhiah.
 
   ****************************************************************

   Angelina mencari kakaknya. Dia mencari di bilik. Tiada. Ruang tamu. Tiada. Dapur. Tiada. 

   "Poia eínai i̱ adelfí̱ mou?( mana pula kakakku ini?)" Angelina mendengus. Dia naik semula ke atas. Dia berjalan ke bilik bacaan. Baru sahaja memegang tombol pintu, dia mendengar suara kakaknya sayup-sayup seperti bersyair, dalam bahasa yang tidak diketahuinya.

   Angelina tidak jadi membuka pintu. Dia duduk bersandar di pintu sambil mendengar suara kakaknya. Hatinya menjadi tenang. Tiba-tiba dia rasa seperti sesuatu meresapi ke dalam jiwanya. Satu perasaan yang tidak pernah dirasai. Sesuatu yang amat aneh.

   Angelina mendengar dengan khusyuk. Dia mendengar sehingga tertidur. Dalam tidurnya dia bermimpi berjalan di dalam gelap. Dia langsung tidak nampak apa-apa. Tiba-tiba dia ternampak satu cahaya. Dan dari cahaya itu keluar kakaknya, Kak Khaiyira dan.... Mudhiah. Mereka bertiga memegang tangannya lalu mengajaknya keluar dari cahaya kegelapan itu tapi langkahnya teragak-agak sedangkan hatinya benar-benar ingin mengikuti mereka. Tiba-tiba dia terjatuh ke belakang. Apabila dia membuka mata, suasana seperti sebelum dia tertidur.

   " Kenapa kamu tidur di sini?" Kak Nisa' berdiri di sisi Angelina. Angelina melihat sekeliling. Dia bangun. Dia cuba mengingati mengapa dia berada di situ.

   " Kak, saya nak ke rumah Mudhiah." Ujar Angelina setelah mengingati apa yang ingin dikatakan kepada kakaknya. Kak Nisa' mengangguk, isyarat membenarkan Angelina ke rumah Mudhiah. Angelina tersenyum. Dia bangun lalu masuk ke dalam bilik. Dia menukar pakaian lalu keluar. Dia ke rumah Mudhiah yang terletak 2 kilometer dari rumahnya dengan menaiki basikal.

   *****************************************************************

   Angelina pulang dengan mata yang merah. Kisah hidup Mudhiah berjaya mleunturkan hati Angelina. Kisah mimpi Mudhiah berjaya mengubah keyakinan Angelina.

  Masuk ke rumah, dia segera ke bilik kakaknya. Kak Nisa' yang sedang melayari internet di dalam bilik tersentak dengan kehadiran Angelina.

   " Angelina...." sapa Kak Nisa'. Angelina menggeleng.

   " Nurul Mawaddah, adelfí̱( Nurul Mawaddah, kakak). To ónomá mou Nurul Mawaddah.( Namaku Nurul Mawaddah.)" Terkejut kak Nisa' mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut Angelina. Buat beberapa saat ternganga, bibir manis Kak Nisa' mengukir senyuman.

   " Alhamdulillah...." kak Nisa' memeluk Nurul Mawaddah dengan penuh rasa syukur. Bibit-bibit mawaddah mula berkembang mekar. Hati Angelina telah berubah menjadi Nurul Mawaddah.....

   -tamat-

   Hendak tahu lebih lanjut tentang kisah hidup Mudhiah? Apakah mimpi Mudhiah? Nantikanlah kisah ' Ampunkan Aku' yang akan keluar bulan Mac nanti! Jangan lupa untuk sentiasa mengikuti perkembangan blog 'Diary of A Girl (DAG)'. 












    








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment