Blogger news

RSS

Setelah Tiga Tahun berlalu di SEPINTAR....




Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh..

Tahun ni, aku form4.. menggalas jawatan sebagai exco penempatan..

dengar macam simple, penempatan je pon...masok2kan org punye dorm, habis..

ops kejap!

..ade perkataan EXCO sebelum perkataan penempatan tu..
bermakna tugas aku bukan sekadar menjaga penempatan orang...aku menggalas tanggungjawab sbagai pemimpin...diulangi, PEMIMPIN...

baru dua bulan aku menjalani hidup dalam 2014, aku rasa tak tahan...rasa dah nak terjelepok. tak terdaya menahan ujian ini...mungkin secara kasar, tiada badai yang melanda...tapi hati ni, aku sahaja yang rasa, betapa seksa , seperti hati ini dah rosak dan dibaiki berpuluh kali sampai lunyai!

masalah batch, tak perlu diungkapkan lagi..entah berapa banyak neutron aku yg dah penat bersambung sebab nak fikir pasal batch..pernah aku rasa benci gila pada batch! aku rasa sedih tengok batch aku sendiri.. entah, tak tahu macam mana nak cerita..hanya air mata yang mengalir setiap kali aku ingin merungkaikan tentang batch aku yang sangat terkilan jika aku teliti satu per satu... termasuk aku, yang makin hari makin layu, hilang pedoman..
tapi, EXV, aku masih sayang batch ini..keluaran 1115 ini, masih ade keunikan dye..cume unik itu tenggelam, kerana bahan dunia yang kian memuncak marcapada... Ya Allah, andai apa pun takdirMu untuk bath ini , bekalkan lah kesabaran yg utuh kepada kami...


dorm...bukan aku benci one by one manusia yg dok kat dorm tu..cume aku rindu dorm yg aku boleh jadi diri aku sendiri,....kakak2 dorm yg boleh bawak gelak macam devil..n yang aku boleh berseronok lepaskn stress setelah seharian belajar..yg lengkap satu komuniti, ade junior dan senior..yg kasih sayang n ukhwah dijalinkan dngan penuh rasa ikhlas.. or scre ringkasnya boleh diungkapkan satu dorm yg :

DORMKU SYURGAKU

rindu sangat kat BIRU 5 2013, first generation..Kak Nisah, Kak Ilham, Kak LOla, Kak Fzs, Kak Sha, Kak Arasso, Kak Khai, Kak daya, Ain, Amanie, Tapohtoh, Anis, Thira, Nani...
Gelak2, nyanyi2 sama2...sodorm jemaah :P tiap2 pagi sejuk hati tengok Kak ilham tahajjud, kak daya baca Quran...teringat masa susah gile nak kejut Kak Fizs sbb nk cabut undi nak tuka2 hadiah..n masa panjat loker buat konsert jemaah nyanyi "kasih, jangan jangan jangan kau pergi! .."




KAWAN...hati aku rasa kosong, rasa aku makin jauh dari kalian..kelas kita pon terpisah jauh...rasa ukhwah itu hanya melalui hati...kenapa kita semua makin renggang? masa kita yang terlalu padat? atau salah aku yg sibuk dengan kerja aku?

"AKU BENCI JAWATAN DAN MASA !!"

kata-katamu buat aku sentap kawan...
bukan aku yg gipang minta jawatan itu agar aku sibuk,
kau sendiri tahu betapa kerasnya aku menolak,
namun tak terdaya lagi lidah ku berhujah,
dan aku terpaksa,
menghadapinya, menggalasnya..jawatan itu,
kerja itu,
masa itu,
bagaikan menyentap hubungan antara kita,
menguji hatiku dan hatimu,
tatkala kita hanya terpaksa 'bersama-sama' hanya dalam mengingati kenangan dulu..


entah berapa kali air mata ku merembes..
sungguh aku sudah lemah, terlalu lemah...
dalam kalamku ini juga sudah tak terdaya aku memanifestasikan resah hati..

aku juga kini terkapai-kapai dalam pelajaran,
terasa aku hampir lemas,
entah berapa banyak pelajaran yang tak dapat aku hadam,
ujian 1 is around the corner..,
huh, tak sanggup nak cerita satu per satu tentang ini..

KErJa...yang aku sendiri kurang jelas,
dan telah Allah aturkan aku bekerja dengan dia, 
yang aku tak boleh untuk faham dia, 
dan begitu juga sebaliknya..
bila berbicara dengannya, 
pandangan matanya seolah-olah dia ingin mengatakan,
" kenapalah kau bercakap dengan aku ,ha perempuan?"
aku dah cuba untuk memahami dia, tapi dia yang masih menganggap aku wanita darjat hamba zaman firaun.!
entahlah, sesak dadaku fikir tentang dia.
harap-harap aku tak dapat jodoh seperti dia..fuh..

JODOH? oh,
"I'm 16 going to 17"
hati aku pon, Ya allah aku tak tahu kenapa aku macam ni..
Gila bayang sangat..! huh...
ini pon aku taktahu nak cakap macam mana..
semoga Allah maafkan aku kerana aku lebih merindui yang haram untukku dari merinduiNya..

 palitan cinta ini, sepatutnya didambakan untukMu, Tuhan..maafkan aku..

Allah Ar-Rahman...

 di sebalik ujianNya yang diberikan kepadaku agar aku lebih mendambakan diri kepadaNya,
Dia kirimkan aku penenang jiwa..

Usrahku, Muqotalatul-Hab (cadangan nama)..

Yang bererti pejuang cinta..ada yang tersirat disebalik suratan makna itu...
Walaupun ukhwah kami masih belum utuh seutuh piramid mesir,
namun aku amat menyayangi mereka...
Dua orangya adalah bekas adik dorm aku,
Anis Syahirah dan Athirah Fuad,
Nurul Adibah, Fatin Amirah yang mengingatkan aku pada kak baiti, amira Hartini, Nur AMila, Umi Umaira..

dan aku sebagai Naqibah mereka.. Nur Liyana..

Aku sayang mereka,
dan aku akan berjuang agar aku dapat membina kasih sayang atas landasan usratil-jannah, lillahi ta'ala,
andai ada badai yang melanda ukhwah kami,
akan aku berjuang agar kami tetap bersatu di bawah rahmatNya, 
atas nama Cinta...
kerana aku sayang mereka..

mungkin mereka tidak rasa sepertimana yang aku rasa..
melihat mereka berkumpul di hadapan mataku,
dengan wajah mereka yang innocent,
menceriakan hatiku yang dirudung duka sepanjang waktu,
melihat kesungguhan mereka mengahafal Kalamullah,
agar dapat diisi hati mereka dengan hikmah,
dan menjadi syifa-ul qalbi tatkala resah,
aku amat tenang melihat mereka..

terasa seperti merekalah kurniaan Allah yang tak ternilai untukku untuk tahun ini, dan mungkin hingga ke akhir hayatku, mungkin?
hadirnya mendamaikan jiwaku..

walaupun aku bukanlah naqibah yang layak untuk dijadikan murabbi,
sekurang-kurangnya aku dapat menjadi kakak untuk mereka  meluahkan rasa, atau pun jika tidak sekurang-kurangnya aku dapat membantu mereka tautkan hati antara kami.. atau paling tidak menjadi naqibah yang tidak dibenci..itu sudah memadai..




Ya Allah, aku mohon kekuatan dariMu..
Jika bukan Engkau yang menetapkan aku,
nescaya aku sudah tidak terdaya lagi untuk menghadapi semua ini,
Aku mohon keampunanmu kerana kelekaanku..
kealpaanku,
keluh kesahku seolah-olah menyalahkan takdir,
tanpa aku sedari telahpun Engkau kirimkan bahagia di sisiku..
Ya Allah,
tegapkanlah hatiku,
untuk bertahajjud kepadaMu,
yang menjadi tunjang kekuatan salafus-soleh,
lembutkanlah lidahku untuk terus membasahinya dengan asma'mu..
peganglah hatiku, agar tidak lagi aku tersasar dari sirotul mustaqimMu..

Ya Allah, andai ini ujian yang Kau beri,
Tabahkanlah hatiku, untuk tetap melaluinya tanpa lagi berkeluh kesah,
Bekalkanlah kesabaran yang utuh, seperti sang nabi yang lebih hebat cabarannya,
Aku hanyalah hamba yang lemah dan tak terdaya,
sungguh sombonglah aku jika aku tidak mendambakan pertolonganMu, Ya Rabb...


Pernah hati ini terguris 
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui 
SEgala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

 Ma'Assalamah..


a

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ingin Kukongsi a STORY

    Aku ingin berubah, namun persekitaranku tidak membantu. Tiada siapa yang menyokongku. Aku tertekan! Sungguh! Mungkin engkau boleh kata apa sahaja, namun kata-katamu masih belum mampu untuk mengubahku.
    Namun bukan itu yang aku ingin bahaskan di sini. Di sini, aku ingin membawakan kisah tentang seorang gadis yang sering menyokongku.Ya, mungkin tadi aku kata tiada siapa yang ingin menyokongku, namun ini lain. Dia sering menyokongku untuk elajar. Dia banyak membantuku dalam pelajaran, meski dia juga perlu tumpukan perhatian kepada SPM yang bakal didudukinya tahun ini.
   Kisah yang aku ingin bawakan, bukan tentang perjuangannya, atau kata-kata semangatnya atau apa sahaja yang anda fikirkan, namun 'story love'nya yang aku rasa kagum dan agak 'sweet'.
   Namun sebelum aku memulakan kisahku, izinkan aku memperkenalkan diriku. Namaku Wardina, dan gadis yangakan kuceritakan adalah 'bedmate'ku di asrama(katilnya bersebelahan dengan katilku) dan namanya Sa'diah atau nama gelarannya, kak Deya.
   Suatu hari, ibu Kak Deya telah datang ke asrama untuk melawatnya. Mereka duduk di luar masjid. tatkala dua beranak itu sedang berbual-bual, tiba-tiba datang seorang wanita mendekati mereka. Rupa-rupanya wanita itu adalah rakan kepada ibu Kak Deya.
   Kak Deya tidak begitu peduli akan kehadiran mak cik itu. Dia memberi ruang kepada ibunya untuk berbual dengan rakan yang sudah lama tidak bersua. Sementara itu, Kak Deya mengeluarkan kerja add-math yang masih belum disiapkan.
   "Ini anak awak? Oh, lelaki..Form berapa?" Kak deya mendengar suara ibunya berbicara. Kak deya masih tekun membuat latihan add-mathnya.
   " Form 5.." Mak cik itu menjawab soalan ibu Kak Deya. Kak Deya terkejut. Form 5? Lelaki? Siapa? Persoalan-persoalan yang bermain di fikiran kak Deya mendorong dia untuk mengangkat wajahnya.
   Apabila Kak Deya menoleh, barulah Kak deya tahu siapa lelaki yang dimaksudkan. Lelaki itu ialah Irfan, antara pelajar terpintar di sekolah. Irfan memegang jawatan yang agak tinggi di sekolah, dan dia seorang yang tawadhu'. Meski memegang jawatan tinggi, namun dia tidak pernah menyombong diri. Jarang wajahnya dilihat men'sound' para pelajar seperti yang dilakukan exco-exco lain.
    Selepas beberapa ketika, barulah Kak Deya sedar, irfan memakai baju biru, dan Kak Deya juga sedang memakai baju biru tatkala itu!
     Beberapa hari setelah pertemuan antara ibu Kak Deya dan Irfan itu, Kak Deya merasa sesuatu yang aneh menyelinap di dalam hatinya. Ah, Kak Deya sudah jatuh hati pada Irfan!
     Namun, Kak deya tidak seperti gadis lain yang jika sudah jatuh hati pada seorang lelaki itu, pasti akan mengheboh-hebohkan, memberitahu yang jejaka itu dia yang punya. Namun Kak Deya hanya diam, dan dia tidak menunjukkan perasaannya kepada Irfan. Kadang-kala dia curi-curi pandang terhadap Irfan, tapi dia akan cuba mengawal perasaannya.
   Suatu hari, satu jamuan telah diadakan, khas untuk pelajar tingkatan 5. Entah mengapa kali itu, Kak Deya ingin benar memakai baju yang sepadan dengan Irfan, namun dia tidak tahu Irfan memakai baju warna apa, lantas dia meminta pandanganku.
   " Dia rumah kuningkan? Dia ada baju yang baru dibawa dari rumah yang berwarna kuning?" Aku bertanya. Kak Deya terdiam untuk seketika sebelum menjawab.
    " Hmm..ha! Ada! Hari itu akak ada nampak dia pakai baju warna kuning, baru sekali dia pakai!"
    " Rasanya baju itulah yang dia pakai." Aku memberikan pendapat. Kak Deya pun memakai baju berwarna kuning untuk ke jamuan yang diadakan di luar sekolah.
    Aku menunggu Kak Deya pulang untuk mendengar ceritanya. Lebih kurang jam 10.30 malam barulah Kak deya pulang. Aku tidak sabar-sabar mendengar ceritanya.
    " Dia tak pakai baju warna kuning...tapi..." kak Deya terdiam. Bibirnya mengukir senyuman. Aku tekun mendengar.
   " Dia pakai baju warna biru, baju yang sama yang dia pakai sewaktu ibu kami berjumpa dahulu!" kedengaran suara Kak deya agak ceria. Namun ceritanya belum habis, dan dia menyambung.
   " Sewaktu akak sedang beratur untuk mengambil makanan, akak meninjau-ninjau melihat apa yang orang lain sedang buat dan apabila akak memusing ke belakang, Irfan yang sedang berada di belakang akak rupa-rupanya sedang memerhatikan akak! Bila akak pusing ke belakang, dia segera melarikan pandangannnya ke tempat lain tapi dia tidak berjaya menutup malunya.Nampak gelisahnya!"
   " Di dalam bas pula..Bas kami asing antara lelaki dan perempuan. Bas di parking sebelah-menyebelah. Akak duduk di tepi tingkap, dan tempat duduk di bas sebelah masih kosong. Akak berdoa, biarlah Irfan yang duduk di situ. Tiba-tiba Irfan datang. Tapi sebelum dia duduk, dia membetul-betulkna sampingnya dahulu. Belum sempat dia dduduk, bas aka berjalan pergi...Tapi, tempat duduk itu Irfan yang duduk."
  Aku tersenyum melihat kak Deya bercerita dengan gembira. Dalam hati aku berdoa, jika Irfan juga ada menaruh hati pada Kak Deya, biarlah mereka disatukan dalam kebahagiaan.Amin.
   Apa yang ingin aku sampaikan di sini, kak Deya sangat menjaga maruahnya sebagai seorang wanita. Tidak seperti wanita lain, Kak Deya tidak pun pergi kepada Irfan dan minta untuk 'couple' atau meluahkan perasaannya. Dia menjaga adabnya, tidak begitu menyerlah di hadapan Irfan untuk menarik perhatian.
    Bak kata Kak Farah, jika ada jodoh tak akan kemana. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita, kerana Dia pencipta kita, Dia tahu apa citarasa kita yang kita sendiri tak tahu, dan sesungguhnya Dialah Maha Cinta! 





   
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS