Semua bende yg kte wat, mzt r ade strategi supaye kte x terkapai-kapai.
Semalam Liy prg Popular, Liy ade bli novel tajuk Tariq, Penakluk Andalusia. Liy tertarik dengan strategi peperangan yg Tariq bin Ziyad gunakan untuk berperang dengan tentera gotik yg dipimpin Raja Roderiga n Panglima Goted.
Perang ade strategi, bljr pon mzt r ade strategi. strategi yg diatur mzt r dipatuhi supaye kjyaan berpihak pde kte.dan strategi kte ue jgk mzt r drncg ngan teliti, cri kesan n faedah strategi kte ue. n ble prlu ubah strategi, ubahlah.
Kdg2, ade strategi yg org kate x msok akl.tp, klu kte yakin strategi x msok akl ue dpt mmbntu kte, jlnknlah.asalkan strategi ue sesuai ngan kemampuan kite.
mcm biase, stiap kli ade pos perbincangan, mzt ade crite yg akn mnyusul.
so, bce r r crite yg x setanding pakar-pakar penulis ue ye.
ok r.Kpd kawan2 Liy yg bce pos ni, mcm biase r, LUV U ALL!!!!!!!!!!!!!!!!MISS U ALL!!!!!!!!
k bubye. Wassalam.
Perbincangan:Strategi
Derita cinta gila, bahagia cinta kerana Allah
Nur menangis. Hatinya remuk setelah membaca mesej yang baru dihantar oleh Iq.
"Salam.wei,tadi, Nafie bagi tau aku, sebenarnye die x mnt ko pon. die tipu jer. die cume mnt Ara. tp dia ikhlas r kwn ngan ko."
Ikhlas? Tapi perlukah Nafie menipu dirinya lantas menyebabkan dirinya tersangkut dengan Nafie????Urgh!!!
"Ana..." Nur memanggil Ana yang sedang sibuk menghias ruang tamu rumah ustazah mereka untuk Majlis Perpisahan Tahun 6 yang akan diadakan pada esok harinya.Oleh sebab itulah Nur, Ana dan beberapa orang kawan mereka yang lain tidur di rumah Ustazah Nora.
Ana menoleh ke belakang. tangannya terhenti membuat kerja.
"Ya, ada apa Nur? Eh, kenapa menangis?"Ana memegang bahu Nur. Nur diam. Hanya tangannya sahaja yang bergerak memberi Ana telefon bimbitnya kepada Ana.
Ana mengambil telefon bimbit Nur. Dia membaca kiriman sms yang tertera di skrin telefon bimbit Nur.
Nur terlanggar seorang lelaki.Mungkin penuntut sepertinya juga. Barang-barang Nur bertaburan di lantai.
"Da'eeni usa'eeduki.(Mari saya tolong)"Pemuda itu menawarkan pertolongan.
"La' shukran(Tak mengapalah. Terima kasih)"Nur menolak dengan sopan. Dengan tergesa-gesa, Nur berjalan ke dewan kuliahnya.Mujur sewaktu dia sampai, kuliah masih belum bermula.
Usai kuliah, Nur mengambil keputusan untuk terus pulang ke rumahnya di Helwan menaiki metro. Di dalam metro, Nur terpaksa berdiri kerana tempat duduk semua sudah penuh.
Sedang Nur memerhati keadaan di dalam metro, tiba-tiba seorang pemuda menegurnya.
"Anti meen malizya?(Anda dari Malaysia?)"Tegur pemuda itu. Dari iras wajah pemuda, Nur dapat mengagak dia juga mungkin daripada Malaysia.
"Na'am." Ringkas sahaja jawapan Nur. Malas dia mahu melayan pemuda itu. Namun dia tidak dapat menafikan yang hatinya sudah mula terpaut dengan ketampanan pemuda itu.
"Eh, macam pernah jumpa je..Eh, dialah yang aku langgar tadi! Buat tak tahu je lah. Hensem jugak. Eh, ape ni Nur! jangan Nur! Jangan!" Nur menepis perasaannya.
"Dari mana?" Pemuda itu mula berbicara menggunakan Bahasa Melayu.
"Klang. Nama saya Nurul Nurina." Laju sahaja Nur memperkenalkan dirinya. Dia tahu pemuda itu pasti akan bertanyakan namanya.
Mendengar jawapan Nur, pemuda itu nampak terkejut. Dahinya berkerut. Dia seolah-olah sedang mengingati sesuatu.
"Kampung awak di mana?" Pemuda itu bertanya.Awak? Nur pelik namun dia tetap menjawab soalan pemuda itu.
"Taman Sri Andalas. Bukannya kampung pun.Pernah sampai sana?" Nur mengajak pemuda itu bersembang secara santai. Namun pemuda itu bukannya makin selesa, namun lebih terkejut.
"Andalas? Nur, awak tak ingat saya lagi tak?"
"Err...Nama awak pun saya tak tahu. Budak Andalas ke?"
"Ya. Hei, ini Nafielah!Ingat lagi tak?"
Nafie? Nur tersentak. Muka putihnya menjadi merah. Kisah 12 tahun yang lalu kembali menerpa di dalam ingatan. Hatinya mula mendidih. Segera dia beristighfar di dalam hati.
"Bila nak melamar Ara?" Nur berlagak tenang sedangkan hatinya terus mengharap agar dia cepat sampai ke Helwan.
"Awak ingat lagi? Hahaha. Itu cerita lama. Ntah ntah Ara dah berpunya." Nafie tersenyum pada Nur membuatkan hati Nur luntur.namun Nur cepat-cepat membuangkan perasaannya.
"Memang dah ada pun!Menyampah aku. Nak goda aku lagi lah tu! Jangan harap aku nak tertarik untuk kali kedua. Metro ni pun lembab sangatlah!Bila nak sampai Helwan ni!" hati Nur membentak.Matanya sudah tidak lagi tertumpu pada Nafie.
"Awak nak turun di mana?" Nafie bertanya ramah. Bibirnya mengukir senyuman manis.
"Err...dekat....Ha!Dah sampai pun. Bye.Assalamualaikum." Nur segera turun dari metro.Dia menarik nafas lega. Terlepas juga daripada Nafie.Huh!
____________________________________________________________________
Hari itu merupakan hari yang amat berdebar-debar bagi Nur. Ada seorang lelaki yang akan datang meminangnya. Semuanya dirancang oleh Ara dan Ana. Ada-ada sahaja mereka ini.
"Awak jangan risau. Saya dah bagi tahu mak ayah awak. Budak itu pun dari Malaysia. Awak kenal sangat dengan budak itu. Saya pun tak sangka dia akan melamar awak." Tutur Ara bagi menghilangkan keraguan di hati Nur.
"Siapa? Pukul berapa dia datang? Kenapa awak baru cakap hari ni?" Nada Nur seperti merajuk.
"Kejap lagi dia sampai. Saya harap awak terima dia." tiba-tiba Ana berkata seperti merayu.Kata-kata Ana mengundang seribu kehairanan.
Tiba-tiba terdengar suara Iz, tunang Ara memberi salam. Automatik Ana menarik Nur masuk ke dalam bilik manakala Ara pula membuka pintu.
Nur mula berpeluh. Siapalah lelaki yang meminangnya itu? Ana memandang wajah Nur.
"Nur, saya harap awak tak akan terkejut bila dapat tahu siapa lelaki malang yang tertarik dengan awak itu." kata Ana penuh mengharap.
"Malang? Lancang betul mulut awak ye!" Nur berpura-pura merajuk. Ana tersenyum melihat keletah Nur yang telah bersama-sama dengannya berjuang daripada sekolah rendah sehinggalah melangkah ke Al-Azhar.
"Ana, bawa Nur keluar!" tiba-tiba wajah Ara tersembul di muka pintu sambil memberi arahan. Ana akur. Dia bangun lalu memimpin Nur keluar daripada bilik.
Nur berjalan keluar sambil tertunduk. Dia amat takut untuk melihat wajah lelaki yang melamarnya itu. Ana terus memimpinnya sehingga dia duduk.
"Nur, angkatlah muka tu. Janganlah tunduk je." Kata Ara. Perlahan-lahan Nur mengangkat mukanya.
Jantung Nur hampir tercabut melihat wajah pemuda yang bakal menjadi tunangnya itu.
"Nafie?...."
_______________________________________________________________
Nur menghela nafas sambil memandang ke arah sungai Nil. Tiba-tiba bahunya disentuh seseorang. Nur menoleh. Nafie tersenyum padanya. Nur membalas senyuman Nafie yang kini sudah menjadi suaminya.
Kehidupan Nur kini sudah berubah. Jika 12 tahun dulu dia menangis kerana Nafie, kini dia tersenyum kerana lelaki yang juga menunutut di Al-Azhar itu.
Nur benar-benar tidak sangka penipuan Nafie kini menjadi kenyataan yang tiada secalit pun penipuan.
Kini Nur sedar, cinta gila di usia muda itu hanya sia-sia. Ada cinta yang lebih bahagia menanti. Itulah yang dinamakan cinta suci kerana Illahi....
=Sori klu ayt yg digunekan dlm crite nie bosan.hehehe :)
cinta awl remaje
Assalamualaikum! Ape khabar plwt2 setia blog nie>ade ker???
Best friend
assalamualaikum n salam sejahtera n hye n salam rindu wat kwn2 n salam ukhwah n salam perpaduan n salam sayang n sume salam yg baek2 r....mls nk tulis pnjg2.
Best Friend...
Dlm dunia nie, sume org ade best friend(kot).tp, best friend ue bergune ke tak??? Inilah yg liy nk kupas pade kali ni koz buah2 sume Liy dh hbs kupas.hehehe...
1.Best Friend ue ape??????
-makne sbnr best friend ade dlm hati msg2. so,lu pkr r sndiri!
2.ikatan best friend ue kukuh ker???
-InsyaAllah kalau msg2 memahami dan bertolak ansur.kalau nak tahu ikatan bf korang kukuh ke tak, tanye r dri sndiri.
3.trputus ikatan.
-sah r iktn prshbtn korg x kukuh.Hampeh!klu alsnnye koz dh jauh, brpndh r, mmg sah x kukuh.Bukalah mata n hati, dunia dh maju. FB ade, phone ade, contact r. x de r trputus hbgn.Habis crite!
sampai sini je r Liy tulis.Apepon, utk sume kwn2 Liy yg bce artikel nie, Liy nk ucp 5 prktaan iaitu...
I LUV U VERRRRRYYYYYYYY MUUUUUUUUUUUUCCCCCCCCCCCCCCHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!
Bye, wassalam.
kisah: perpisahan selamanya
Bila ada pertemuan, pasti ada perpisahan. Pertemuan dan perpisahan adalah sesuatu yang tidak dapat sesiapa pun elakkan, termasuk aku. Dan dalam banyak-banyak perpisahan, ada satu yang paling menyakitkan. Perpisahan yang tidak akan pernah aku lupakan. Dan aku akan merindui detik-detik sebelum perpisahan itu…
15 November 2010.
Beberapa minggu sebelum detik itu…
“ Jangan lupa aku tau!”
“ Aku sayang kau!”
“Rajin-rajin online fb tau!”
Itulah ungkapan yang diucapkan oleh teman-temanku pada hari itu. Walaupun acap kali mendengar ungkapan-ungkapan tersebut, aku tidak pula berasa bosan atau jemu. Mungkin kerana aku juga merasai apa yang mereka rasakan, iaitu sedih kerana kami akan berpisah.
“Dengar sini semua dan semua dengar sini.” Teriakan Filla menarik perhatian semua orang. Lantas semua yang berada di dewan itu menoleh kearah gadis tinggi lampai itu.
“Kita semua akan buat reunion setiap bulan.Oleh itu, sesiapa yang akan berpindah, tolong beritahu kami supaya kami boleh menghantar kad jemputan.” Filla membuat pengunguman di atas pentas.
Semua yang ada di situ hanya mengangguk lantas ‘berdrama’ semula.
Aku juga turut serta dalam ‘drama’ tersebut.Aku memeluk dan bergambar dengan semua rakan-rakanku. Kemudian aku beralih ke Yanti. Kami berpelukan lalu aku mengambil gambar bersamanya. Tiba-tiba Yanti mengeluarkan seseuatu dari kocek bajunya. Aku tidak pasti apakah barang itu kerana Yanti menggenggam barang tersebut. Apa yang aku pasti, barang itu bersaiz kecil.
Tiba-tiba, Yanti memegang tanganku lalu meletakkan barang itu di atas telapak tanganku lalu menutup jari-jemariku. Aku tidak dapat melihat bentuk barang itu.
“Saya sayang barang ini. Tapi saya lebih sayangkan awak. Awak simpanlah barang ini dan jaganya dengan baik. Jangan lupakan saya tau. Saya sayang awak.” Yanti memelukku. Aku membalas pelukannya. Kami berpelukan selama beberapa saat. Yanti seolah-olah tidak mahu melepaskanku.
Tiba-tiba aku rasa bahuku basah. Rupa-rupanya Yanti menangis. Air mataku turut bercucuran kerana terharu.
“Saya tidak akan melupakan awak, Yanti. Jangan risau, ini hanya perpisahan sementara. Kita masih boleh berjumpa di majlis reunion. Filla kata, dia akan mengadakan majlis reunion setiap bulan, InsyaAllah.” Aku memujuk Yanti lalu dia melepaskan pelukannya. Aku mengesat airmatanya. Yanti tersenyum.
Oh, kalaulah aku tahu akan berlakunya detik yang tidak kusangka-sangka, pasti aku tidak akan melepaskan pelukannya.
17 Disember 2010
Suasana di Desa Water Park riuh dengan suara bekas para pelajar SK Sri Andalas yang hadir ke Majlis Reunion yang diatur oleh Filla. Aku dan Ana yang baru tiba segera mengambil tempat duduk yang telah ditetapkan untuk kami. Belum sempat aku melabuhkan punggung, aku diserbu rakan-rakanku.
Masing-masing melepaskan rindu yang terpendam selama sebulan. Walaupun baru sahaja sebulan tidak berjumpa, aku amat rindu akan teman-teman seperjuanganku kerana ikatan ukhwah yang dibina selama 6 tahun sangat kukuh.
Aku mencari-cari kelibat Yanti. Sedang aku mencari, tiba-tiba bahuku dicuit seseorang. Aku menoleh kebelakang. Rupa-rupanya yanti yang mencuitku. Dia tersenyum padaku. Aku membalas senyumannya dengan pelukan.
“Lama tak jumpa. Awak pula jarang online di fb. Rindu betul pada awak.” Aku memulakan perbualan.
“Saya punya laptop rosaklah. Awak, awak masih simpan barang yang saya beri pada awak hari itu?” Aku mengangguk. Barang yang diberi oleh Yanti pada hari terakhir persekolahan itu sebenarnya adalah sebutir mutiara berwarna biru. Mutiara yang berharga mencecah rarusan ringgit itu sentiasa kubawa ke mana sahaja aku pergi.
Aku mengeluarkan mutiara bernilai itu lantas mutiara itu bertukar tangan. Yanti membelek-belek mutiara itu.
“Awak dah makan ke belum?” Tanya Yanti tiba-tiba. Aku menggeleng. Aku langsung tidak dapat menjamah makanan. Dari waktu kutiba sehingga waktu itu, begitu ramai rakan-rakanku yang berjumpa denganku. Aku sendiri terlupa untuk makan.
Lantas Yanti mengajakku makan. Usai mengisi perut, kami membuat keputusan untuk menyertai teman-teman yang lain bermandi-manda di kolam yang disediakan.
Dan, pada saat itulah berlakunya peristiwa yang tidak dapat aku lupakan.
“Ilyana, mari berenang di kolam itu.” Yanti mengajakku. Aku menoleh ke arah kolam yang dimaksudkan.
“Tidak mahulah. Kolam itu terlalu dalam. Saya tidak tahu berenang. Awak pergilah jika awak mahu. Saya mahu berenang di sini sahaja.”balasku.
“Baiklah kalau begitu. Saya ke sana ya. Bye.” Yanti beralih ke kolam itu. Aku meneruskan aktivitiku bersama teman- temanku yang lain. Kami berenang sambil bergurau senda di dalam kolam.
“Mana Yanti?” tiba-tiba Miasarah bertanya.
“Dia berenang di dalam kolam itu.” Aku menunjukkan Miasarah kolam yang kumaksudkan.
“ Pergi tengok dia. Risau pula saya. Bukan ada ramai orang pun yang mandi di kolam itu.” Aku akur dengan arahan Miasarah. Aku naik ke atas lalu berjalan ke arah kolam yang dalam itu.
Aku mencari-cari kelibat Yanti. Tiba-tiba aku ternampak sebatang tubuh sedang keluar daripada kolam itu. Tiba-tiba budak itu tergelincir lalu jatuh semula ke dalam kolam itu.
Aku terkejut. Budak itu tidak timbul-timbul ke permukaan. Aku kaget. Aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Berenang? Jika untuk berenang suka-suka, itu aku tahu. Untuk menyelamatkan orang, silap hari bulan aku yang lemas. Lantas aku menjerit meminta pertolongan.
“Tolong! Tolong! Ada budak lemas! Tolong!” jeritanku menarik perhatian orang ramai. Salah seorang dari kami yang mahir berenang segera terjun ke dalam kolam.
Kami menunggunya. Beberapa saat berlalu, tidak ada seorang pun yang naik ke permukaan. Kami semua menjadi panik. Tiba- tiba bekas pelajar tadi timbul ke permukaan sambil menarik budak yang lemas itu.
Alangkah terkejutnya aku apabila mendapati budak yang lemas itu adalah orang yang kucari-cari , Yanti. Yanti dibawa naik ke atas. Pertolongan kecemasan diberikan.
Namun usaha itu hanya sia-sia. Yanti yang menghidap penyakit asma dan paru-paru berair itu meninggal kerana oksigen tidak sampai ke otaknya.
Aku terduduk di sisi mayat Yanti. Air mataku mengalir. Semakin lama semakin deras. Aku memandang wajah pucat Yanti. Yanti seolah-olah tersenyum padaku. Aku menjadi sebak. Aku bangun kerana tidak mampu lagi memandang wajah suci Yanti.
Tiba-tiba mutiara yang diberi Yanti terkeluar daripada kocek seluarku. Aku mengutipnya semula. Lantas otakku memutar kembali memori-memori terakhirku bersama Yanti.
“Saya sayang barang ini. Tapi saya lebih sayangkan awak. Awak simpanlah barang ini dan jaganya dengan baik. Jangan lupakan saya tau. Saya sayang awak.”
Kata-kata arwah Yanti masih terngiang-ngiang di dalam fikiranku. Aku tidak pernah menjangkakan yang kami akan berpisah, berpisah untuk selama-lamanya. Perpisahan yang kekal. Perpisahan yang tidak akan pernah luput dalam ingatan.
Yanti, kaulah sahabat yang terbaik pernah kujumpa sepanjang hidupku. Memori-memori sepnjang perkenalan kita akan kupahat dalam ingatanku. Semoga rohmu ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Saya sayang awak, Yanti.
bab 1:Ciptaan Siapa?
Indahnya, cantiknya, itulah perkataan-perkataan yang selalu kita dengar.Kita selalu memuji sesuatu yang hebat, cantik dan 'perfect'. Dan bila kita puji benda itu, pasti kita akan puji orang yang cipta.ha! inilah yang Liy nak sentuh pada bab ini.
1.Meja, kolam, bangunan, itu semua ciptaan manusia. Betul tak? Tapi, kita tak boleh puji orang yang cipta benda tu melebih-lebih. Nak tahu sebab apa? ha! Bacalah sampai habis!
Kita tak boleh puji lebih-lebih sebab:
a)Nanti bontot diorang kembang. Terkoyak seluar, kena beli yang baru. Tak ke membazir tu namenye?
b)Allah yang beri akal dan idea serta imaginasi kat diorang untuk membuat benda itu. Kalau Allah tak beri 3 elemen yang Liy sebut tadi, tak kan tercipta punyalah semua benda-benda itu.
c)Nanti manusia-manusia tu terlabih bangga dan automatik diorang akan jadi bongkak! Ish1 tak patut betul!
-Oleh itu, sepatutnya Allah yang kita patut puji bila tengok semua buatan-buatan manusia yang tak sesempurna mana tuh.
Okelah.Sampai sini jelah. tak banyak idealah.Bye.Wassalam.
Asalnya ditulis pada 6 Oktober 2008 dan diedit pada 4 Disember 2010





