Blogger news

RSS

Ingin Kukongsi a STORY

    Aku ingin berubah, namun persekitaranku tidak membantu. Tiada siapa yang menyokongku. Aku tertekan! Sungguh! Mungkin engkau boleh kata apa sahaja, namun kata-katamu masih belum mampu untuk mengubahku.
    Namun bukan itu yang aku ingin bahaskan di sini. Di sini, aku ingin membawakan kisah tentang seorang gadis yang sering menyokongku.Ya, mungkin tadi aku kata tiada siapa yang ingin menyokongku, namun ini lain. Dia sering menyokongku untuk elajar. Dia banyak membantuku dalam pelajaran, meski dia juga perlu tumpukan perhatian kepada SPM yang bakal didudukinya tahun ini.
   Kisah yang aku ingin bawakan, bukan tentang perjuangannya, atau kata-kata semangatnya atau apa sahaja yang anda fikirkan, namun 'story love'nya yang aku rasa kagum dan agak 'sweet'.
   Namun sebelum aku memulakan kisahku, izinkan aku memperkenalkan diriku. Namaku Wardina, dan gadis yangakan kuceritakan adalah 'bedmate'ku di asrama(katilnya bersebelahan dengan katilku) dan namanya Sa'diah atau nama gelarannya, kak Deya.
   Suatu hari, ibu Kak Deya telah datang ke asrama untuk melawatnya. Mereka duduk di luar masjid. tatkala dua beranak itu sedang berbual-bual, tiba-tiba datang seorang wanita mendekati mereka. Rupa-rupanya wanita itu adalah rakan kepada ibu Kak Deya.
   Kak Deya tidak begitu peduli akan kehadiran mak cik itu. Dia memberi ruang kepada ibunya untuk berbual dengan rakan yang sudah lama tidak bersua. Sementara itu, Kak Deya mengeluarkan kerja add-math yang masih belum disiapkan.
   "Ini anak awak? Oh, lelaki..Form berapa?" Kak deya mendengar suara ibunya berbicara. Kak deya masih tekun membuat latihan add-mathnya.
   " Form 5.." Mak cik itu menjawab soalan ibu Kak Deya. Kak Deya terkejut. Form 5? Lelaki? Siapa? Persoalan-persoalan yang bermain di fikiran kak Deya mendorong dia untuk mengangkat wajahnya.
   Apabila Kak Deya menoleh, barulah Kak deya tahu siapa lelaki yang dimaksudkan. Lelaki itu ialah Irfan, antara pelajar terpintar di sekolah. Irfan memegang jawatan yang agak tinggi di sekolah, dan dia seorang yang tawadhu'. Meski memegang jawatan tinggi, namun dia tidak pernah menyombong diri. Jarang wajahnya dilihat men'sound' para pelajar seperti yang dilakukan exco-exco lain.
    Selepas beberapa ketika, barulah Kak Deya sedar, irfan memakai baju biru, dan Kak Deya juga sedang memakai baju biru tatkala itu!
     Beberapa hari setelah pertemuan antara ibu Kak Deya dan Irfan itu, Kak Deya merasa sesuatu yang aneh menyelinap di dalam hatinya. Ah, Kak Deya sudah jatuh hati pada Irfan!
     Namun, Kak deya tidak seperti gadis lain yang jika sudah jatuh hati pada seorang lelaki itu, pasti akan mengheboh-hebohkan, memberitahu yang jejaka itu dia yang punya. Namun Kak Deya hanya diam, dan dia tidak menunjukkan perasaannya kepada Irfan. Kadang-kala dia curi-curi pandang terhadap Irfan, tapi dia akan cuba mengawal perasaannya.
   Suatu hari, satu jamuan telah diadakan, khas untuk pelajar tingkatan 5. Entah mengapa kali itu, Kak Deya ingin benar memakai baju yang sepadan dengan Irfan, namun dia tidak tahu Irfan memakai baju warna apa, lantas dia meminta pandanganku.
   " Dia rumah kuningkan? Dia ada baju yang baru dibawa dari rumah yang berwarna kuning?" Aku bertanya. Kak Deya terdiam untuk seketika sebelum menjawab.
    " Hmm..ha! Ada! Hari itu akak ada nampak dia pakai baju warna kuning, baru sekali dia pakai!"
    " Rasanya baju itulah yang dia pakai." Aku memberikan pendapat. Kak Deya pun memakai baju berwarna kuning untuk ke jamuan yang diadakan di luar sekolah.
    Aku menunggu Kak Deya pulang untuk mendengar ceritanya. Lebih kurang jam 10.30 malam barulah Kak deya pulang. Aku tidak sabar-sabar mendengar ceritanya.
    " Dia tak pakai baju warna kuning...tapi..." kak Deya terdiam. Bibirnya mengukir senyuman. Aku tekun mendengar.
   " Dia pakai baju warna biru, baju yang sama yang dia pakai sewaktu ibu kami berjumpa dahulu!" kedengaran suara Kak deya agak ceria. Namun ceritanya belum habis, dan dia menyambung.
   " Sewaktu akak sedang beratur untuk mengambil makanan, akak meninjau-ninjau melihat apa yang orang lain sedang buat dan apabila akak memusing ke belakang, Irfan yang sedang berada di belakang akak rupa-rupanya sedang memerhatikan akak! Bila akak pusing ke belakang, dia segera melarikan pandangannnya ke tempat lain tapi dia tidak berjaya menutup malunya.Nampak gelisahnya!"
   " Di dalam bas pula..Bas kami asing antara lelaki dan perempuan. Bas di parking sebelah-menyebelah. Akak duduk di tepi tingkap, dan tempat duduk di bas sebelah masih kosong. Akak berdoa, biarlah Irfan yang duduk di situ. Tiba-tiba Irfan datang. Tapi sebelum dia duduk, dia membetul-betulkna sampingnya dahulu. Belum sempat dia dduduk, bas aka berjalan pergi...Tapi, tempat duduk itu Irfan yang duduk."
  Aku tersenyum melihat kak Deya bercerita dengan gembira. Dalam hati aku berdoa, jika Irfan juga ada menaruh hati pada Kak Deya, biarlah mereka disatukan dalam kebahagiaan.Amin.
   Apa yang ingin aku sampaikan di sini, kak Deya sangat menjaga maruahnya sebagai seorang wanita. Tidak seperti wanita lain, Kak Deya tidak pun pergi kepada Irfan dan minta untuk 'couple' atau meluahkan perasaannya. Dia menjaga adabnya, tidak begitu menyerlah di hadapan Irfan untuk menarik perhatian.
    Bak kata Kak Farah, jika ada jodoh tak akan kemana. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita, kerana Dia pencipta kita, Dia tahu apa citarasa kita yang kita sendiri tak tahu, dan sesungguhnya Dialah Maha Cinta! 





   
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS